Tuesday, January 25, 2011

Kelas Fluid Mechanics II Bertukar!

Tadi siang untuk PERTAMA kalinya aku masuk kelas fluid dan BELAJAR setelah 3 minggu semester baru bermula!Gila betul.Opss!!salah aku ke???bukan! bukan! bukan salah aku!
 yela...


1st week bukannya aku tak pergi  kelas tu,aku pergi tapi lecturer yang tak masuk.
2nd week lak,lecturer masuk tapi just pengenalan dan tak belajar pun.
3rd week pulak aku...terlambat bangun!ambik kau,terponteng 1 kelas!yang ni memang salah aku.

So,aku memang tak belajar pape lagi subjek ni,,cuma salin nota dari kawan jela..
pastu yang kawan aku lak dok sibuk citer lecturer ni ajar tak paham lansung!laju pulak tu!
okie fine!solution : ayuh kita tukar kelas!Gila tak gila la kan tukar kelas last minute ni.Pastu berani mati main register je kelas baru walaupun tatau siapa lecturer kelas tu.yela,manalah tau kot2 lagi kitowang tak paham style lecturer kelas baru tu ajar ke kan???.


Dannnnn....


petang tadi kitowang pun masuk kelas tu.ok!dengan jujurnye aku berdebar!yela takut2 la kalau  lecturer baru ni halau kitowg sebab register kelas dia last minute.Tunggu punya tunggu punya tunggu.....


"okie..Assalamualaikum....blablabla....next class we will discuss the past year question,okie?"
"okie..madam!"

najwa : la..macam tu je rupanya..nape la kat kelas lama aku belajar mcm susah je..
zira : haah la..putar belit rumus je..nasib baik lecturer yang ajar okie.berbaloi kita tukar kelas.


p/s : untuk post ni aku tak boleh cerita terlalu detail atas sebab-sebab tertentu.tQ

Monday, January 10, 2011

Katakan tidak pada AIS!

slurrpp!

Minum air berais lepas makan memang best! Tapiiii tahukah anda ais?air berais boleh menyebabkan badan kita lembik lemah??Sebenarnya aku pun baru je tau Jumaat lepas time kelas bahasa Jepun.

Erk?Ape kaitan lak ais ngan kelas bahasa Jepun?

Yes! masa kelas Jepun la aku baru tahu info ni.Ntah macam ne ntah sensei (sensei=lecturer dalam bahasa Jepun) aku kata kat rumah beliau tak ada ais,kalau tetamu datang baru dia beli ais kat kedai sebab dia kata ais tak elok.Kalau selalu minum/makan ais,nanti badan akan terasa lemah bila kita tua nanti.

Ok.Lepas ni kalau nak tengok aku minum air berais memang jangan harap la payah la..yeke?

Tadi mase aku pon main-main dengan incik Google,aku pun jumpalah info pasal ais ni ag.Rupa-rupanya ais ni boleh sebabkan KANSER???Pergh!!Lebih kurang macam ni la artikal info tu..

Kanser boleh terjadi apabila kita minum air sejuk berais semasa atau selepas makan. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal yg lain.Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.

So,lepas ni lebih baik minum air kosong atau air suam selepas makan.

Monday, January 3, 2011

Semester Baru,Azam Baru!


Bila semester baru ,antara part yang aku paling suka is hari pendaftaran kolej.Yela boleh tengok new faces(student baru),tengok ragam-ragam orang & dapat kawan baru.

Cerita pasal hari pendaftaran ni,aku rasa semester ni la semester yang agak tak best aku daftar kolej sebab semua benda aku buat last minute.Bayar yuran kolej lambat & slip pendaftaran kolej lak tak dapat nak print sebab aku bajet sempat nak buat hari Jumaat tu memandangkan hari ahad aku baru daftar kolej.


Bila dah Jumaat...tup tup system buzy,so aku tak boleh  nak print slip tu.Gila cuak la juga aku tem tu.Abah aku lak dah bising-bising.Ok Serabut!


Tapi nasib baik masa daftar tu,dowang kate x pe kalau tak de slip tu asalkan aku ingat no bilik baru aku.pheww. Tu satu hal..pastu sampai kolej lak bila dah siap-siap kemas barang,tengok-tengok ada lak barang tertinggal kat rumah.Tapi tak pe,nasib baik rumah aku lebih kurang 45 minit je dari kampus.So,boleh balik bila-bila masa aku nak.

HMM...Seperti semester sebelum-sebelumnya,bila tiba je semester baru mulalah masing-masing sibuk-sibuk pasang azam baru.Time2 sekarang ni,kalau buka facebook tu,macam-macam azam keluar dekat home facebook aku.Antaranya,


 "sem ni aku x nak ponteng kelas!","sem ni mesti dekan!" dan tak kurang juge dengan azam "sem ni aku nak ada gf/bf !" Kata orang, bila dah pasang azam baru barulah semangat baru pun berkobar-kobar datang.

Azam aku???Semester ni aku mesti naikkan pointer aku lagi! sebab...semester lepas aku dapat naikkan sikit je pointer aku.Pastu aku nak elakkan buat kerja last minute.

zaman kesengsaraan telah bermula......