Tuesday, February 22, 2011

Kahwin dan Kawen . . .

Kahwin dan kawen??
Ok abaikan tajuk tu sebab aku tatau nak letak tajuk ape untuk entry ni.

"ape ekh persiapan tunang??"

Terkejut kucing aku baca status fesbuk kawan aku ni.Sebenarnya aku tak de lah suka sangat geledah profil fesbuk orang ni kecuali orang-orang tertentu je.Tett! Okie2! Hentikan gosip! Tapi dah status kawan aku tu tetiba muncul kat home aku,aku terbaca la mende tu.Honestly,lepas je aku baca status tu,,menda 1st terlintas kat kpala aku is

"what??dia nak tunang?meaning dia dah nak kawen??awalnyerr" 

tapi dalam masa yang sama ada la gak rasa jeles.. aku pun tatau kenapa aku rasa macam tu. sh*t!. Bila kira-kira balik,leh tahan gak kawan aku yang dah tunang + kawen ni.Yang dah ada anak pun ada gak. Cepat jodoh dowang. Aku??? Tunggu Adam masuk minang je,pastu jalan la majlis kitowang.Ehm!


Aku sok kalau nak kawen,aku punyer tema kaler mesti putih campor maroon tapi lebih kepada kaler putih ala-ala bumi kanyangan gitu.


Pastu aku nak majlis akad nikah aku nanti kat rumah aku je.Macam cerita orang dulu-dulu.Eh!aku penah cakap kat mak aku tau sal mende ni tapi.. 

mak : Kalau akad-akad nikah ni kena ikot tok imam la.
zira : Oh,kalau macam tu nanti leh la runding ngan tok imam.Ajak dia wat kat rumah je
mak : ala tak leh jugak kalau masa tu banyak ag pasangan yang dia nak nikahkan.kalau hari tu banyak orang   nak nikah,ko kena nikah kat masjid jugak la.
zira :o..okie..

so,strategi aku sekarang,aku nak kawen bukan musim orang kawen!

cop3!sal sibuk-sibuk cerita sal kawen lak ni zira? 
ohh..ni semua sebab budak ym aku yang suruh aku wat entry pasal ni.Bukan aku yang gatal-gatal nak kawen ekh! 

Hah,sambung cerita,,,kalau kenduri aku sok aku nak rewang.Aku taknak katering-katering ni.Bukannya sedap pon!Bazir duit aku je nanti.Pastu aku nak wat kenduri kat rumah je.

Hu?buat la kat dewan mana-mana zira..nampak grand sikit.

Err..bukan taknak buat kat dewan ke dalam akuarium ke tgh laut ke ape ke.Tapi aku nak kenduri aku nanti penuh dengan tradisi kawen zaman dulu-dulu.Baru la chomel!Hah.cukup la tu.Kang kalau aku cerita semua plan aku,tak suprise lak nanti!






p/s : untuk kawan-kawan aku yang dah kawen mahupun akan berkahwin,aku ucapkan tahniah dan selamat menjalani alam rumah tangga. =)

Monday, February 14, 2011

Fuhhh!!

Selama sebulan lebih proses mencari penceramah untuk bengkel aku,akhirnya dapat jugak!!Gembira yang teramat!Sekarang fikir nak edit dan hantar proposal je.hu..bengkel aku ni pasal kajian personaliti melalui warna.So far,aku namakan bengkel aku tu BENGKEL KENALI DIRI,,tapi aku ingat nak ubah nama yang lebih unik dan kreatif.Any idea guys????

hiasan

hiasan
  well,aku suke kaler putih.

Sunday, February 13, 2011

sifat/perangai lelaki yang perempuan tak suka



Kali ni aku nak share sifat/perangai lelaki yang perempuan tak suka..tapi dalam versi aku la,atau dengan kata lain sifat/perangai lelaki yang aku tak suka.

1)  suka merokok

- k..lelaki yang suka merokok ni memang tak best.sakit hidung aku kalau terbau asap-asap rokok kowang tu taw tak?lagi pun ape yang best nye merokok ni?buat paru-paru jahanam rosak ada la.. Abah aku pernah cakap,"perasan tak kebanyakan lelaki pakai kereta mewah-mewah,mesti dowang tak merokok?" "haah la bah..pesal ha?" "ha,tu sebab dowang sedar,kalo dowang merokok,duit dowang banyak abes,kalo dowang tak merokok,dowang leh la save duit."..
bila aku fikir-fikir balik kesahihan dan kelogikan kata-kata abah aku tu,betul jugak kot.Sendiri pikir a 'der'...

zira said "lelaki yang cuba berhenti merokok itu comel!"

2)  penipu

- aku tak suka penipu samada dia lelaki ke perempuan ke.Bila aku tau someone tu tipu aku,memang aku bengang sesangat!

3)  panas baran

- setuju tak kalo aku cakap kebanyakan lelaki panas baran?aku tak cakap semua ekh..aku cakap KEBANYAKAN..pesal ha?oh..mungkin sebab dowang banyak bernafas ikut lubang hidung belah kanan kot.Hello lelaki2 sekalian,kowang tau tak kowang nye panas baran tu membuatkan kaum hawa ni jadi takut dan benci kat kowang?bukankah sabar itu separuh daripada iman?so,lepas ni kalau nampak silap sikit,jangan cepat melenting okie?

zira said "lelaki cool itu kacak!"

4)  mengongkong

-buat tu tak leh.buat ni pon tak leh.pergi mana-mana mesti kena report dulu.ah! pe kes?lempang nak?okie-okie,aku tau bagi lelaki2 yang suka kongkong awek dowang ni mesti sayang giler bangat kat awek dowang kan?mengongkong boleh,tapi takyah la nak melampau sangat.

5)  suka paksa-paksa

hey U! buat ni sekarang!
tak nak! I penat!sok-sok I buat la.
takde-takde.I nak U buat sekarang jugak!
U,sekarang ni dah malam,kalau I nak mandi kan kucing tu sekarang,kang dia lambat kering,kesian la die sejuk nanti.
takde-takde,hair dryer kan ada.nanti keringkan je pakai hair dryer tu.

zira said "sumpah rasa nak lempang kalau aku jumpa laki macam ni. "

6) ego tinggi yang amat

-perasaan ego ni tak salah.tapi kawal la sikit. "keegoan seorang lelaki itu membuatkan mereka mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum perempuan" MEMIMPIN okie,bukan bermakna kowang boleh buat sesuka hati kowang je kat perempuan.

7)  suka cakap belakang

-eh!lelaki bukan nya macam perempuan.suka ngumpat.suka cakap belakang.
 eh,hello!baik sangat la tu cakap macam tu?bukannya aku tatau,kalau lelaki dah mula cakap belakang..huish!kalah perempuan!pastu nak kecoh-kecoh.pe kes?kira nya perempuan lagi baik la kot sebab perempuan kalau cakap belakang,kitowang tak kecoh-kecoh k.

8)  terlampau malas

-tak nak komen lebih-lebih.sebab kekadang aku pun malas gak.tapi aku tak suka lelaki yang terlampau malas.

zira said "aku suka tengok laki malas tapi pandai"

9)  perasan

bila perempuan baik-baik ngan lelaki ni,dowang mesti perasan yang perempuan tu suka kat dia.Pastu dok kecoh-kecoh kat kawan-kawan dowang,cakap permpuan tu dok terhegeh-hegeh kat dia.oh!plis..

10) mata duitan/kaki kikis
 
buruk benar kalau lelaki berperangai macam ni.perempuan mata duitan/kaki kikis tu perkara biasa.salah ke?nanti kalau dah kahwin,lelaki jugak yang kena support perempuan kan?

zira said "citer pisau cukur best!"

Friday, February 11, 2011

Kekuatan wifi UiTM

Wifi UiTM memang kuat! Yup! Sangat kuat! Kuat hanya di port-port tertentu je.
Kalau dulu aku dapat bilik yang tak dapat wifi pun.Kalo dapat pon,bape kali la sangat dalam 1 sem tu.Sem ni aku dapat bilik yang leh senang connect wifi.Tapi itu hanya masa awal-awal sem ritu. Sekarang jangan harap! Gila punya payah aku nak connect!


Tapi pape pun aku still boleh connect wifi dalam bilik ni dengan pelbagai gaya dalam keadaan laptop atas lutut. Gaya badan senget. Gaya badan nak jatuh dari kerusi pun ada tapi laptop still atas lutut.Wifi punya pasal! Dah la payah nak connect,pastu connection asyik putus-putus pula tu!

laptop atas lutut 1




laptop atas lutut 2


Tapi walau macam tu sekali pun,aku lagi suka online kat dalam bilik sabab tak yah guna bateri.Kalau aku online kat port-port wifi,aku kena guna bateri.So,berapa lama sangat la aku dapat online.Tak puas!

Hah lagi satu!Aku tak tahan betol bila keluar pintu bilik,nampak modem wifi yang lansung tak pernah ‘on’.Geram! mungkin modem tu dowang pasang hanya sekadar perhiasan semata-mata!

geram!  


modem wifi kat luar bilik

Tuesday, February 1, 2011

Kereta Terbang

Satu hari nanti aku nak cipta kereta terbang la. Tak de la sesak sangat jalan raya kan?kan?kan?

What????Kereta terbang? Logik ke?

Okie-okie tu semua angan-angan aku lepas tengok 1 cerita omputih kat TV3 masa aku form1 ke form 2 ntah…Tajuk cerita?? Sumpah aku tak ingat!
Huh?okie sekarang nak cerita pasal logik tak logik pulak. Bagi aku tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni. 

Well, andai kata telefon tangan (handphone) tu tak wujud lagi kat dunia ni..n then aku cakap, 
"satu hari nanti aku nak cipta telefon tangan!
Dan respon kowang…

What????Telefon tangan? Apakah?

Yes2! Telefon tangan..di mana telefon ini kita boleh bawa kemana saja kita suka dan penggunaannya sama seperti telefon biasa.

Logik ke? gile ke hape die nih..

Ha..logik tak logik,telefon tangan ni dah wujud pun sekarang.
So,sekarang aku rasa tak salah kalo aku cakap satu hari nanti kereta terbang itu wujud.
Tapi bila fikir-fikir balik,payah jugak kalo kereta terbang ni wujud.Yela,mahu nye accident dengan kapal terbang macamne?k2..tu takpe lagi,,kite boleh suruh JPJ buat undang-undang ‘jalan udara’..hm,,pastu kalo ada kereta terbang ni plak, kalo nak buat ‘roadblock’ versi udara on macam payah je..hurm,kalo semua orang dalam dunia ni baik-baik, takpela jugak.haish!


Pokok nye sekarang kewujudan kereta terbang memang tak mustahil TETAPI atas sikap manusia dalam dunia ni la yang menyebabkan kewujudan kereta terbang itu mustahil.


So, persoalannya sekarang,kowang nak ke tak nak aku cipta kereta terbang???