Sunday, February 13, 2011

sifat/perangai lelaki yang perempuan tak suka



Kali ni aku nak share sifat/perangai lelaki yang perempuan tak suka..tapi dalam versi aku la,atau dengan kata lain sifat/perangai lelaki yang aku tak suka.

1)  suka merokok

- k..lelaki yang suka merokok ni memang tak best.sakit hidung aku kalau terbau asap-asap rokok kowang tu taw tak?lagi pun ape yang best nye merokok ni?buat paru-paru jahanam rosak ada la.. Abah aku pernah cakap,"perasan tak kebanyakan lelaki pakai kereta mewah-mewah,mesti dowang tak merokok?" "haah la bah..pesal ha?" "ha,tu sebab dowang sedar,kalo dowang merokok,duit dowang banyak abes,kalo dowang tak merokok,dowang leh la save duit."..
bila aku fikir-fikir balik kesahihan dan kelogikan kata-kata abah aku tu,betul jugak kot.Sendiri pikir a 'der'...

zira said "lelaki yang cuba berhenti merokok itu comel!"

2)  penipu

- aku tak suka penipu samada dia lelaki ke perempuan ke.Bila aku tau someone tu tipu aku,memang aku bengang sesangat!

3)  panas baran

- setuju tak kalo aku cakap kebanyakan lelaki panas baran?aku tak cakap semua ekh..aku cakap KEBANYAKAN..pesal ha?oh..mungkin sebab dowang banyak bernafas ikut lubang hidung belah kanan kot.Hello lelaki2 sekalian,kowang tau tak kowang nye panas baran tu membuatkan kaum hawa ni jadi takut dan benci kat kowang?bukankah sabar itu separuh daripada iman?so,lepas ni kalau nampak silap sikit,jangan cepat melenting okie?

zira said "lelaki cool itu kacak!"

4)  mengongkong

-buat tu tak leh.buat ni pon tak leh.pergi mana-mana mesti kena report dulu.ah! pe kes?lempang nak?okie-okie,aku tau bagi lelaki2 yang suka kongkong awek dowang ni mesti sayang giler bangat kat awek dowang kan?mengongkong boleh,tapi takyah la nak melampau sangat.

5)  suka paksa-paksa

hey U! buat ni sekarang!
tak nak! I penat!sok-sok I buat la.
takde-takde.I nak U buat sekarang jugak!
U,sekarang ni dah malam,kalau I nak mandi kan kucing tu sekarang,kang dia lambat kering,kesian la die sejuk nanti.
takde-takde,hair dryer kan ada.nanti keringkan je pakai hair dryer tu.

zira said "sumpah rasa nak lempang kalau aku jumpa laki macam ni. "

6) ego tinggi yang amat

-perasaan ego ni tak salah.tapi kawal la sikit. "keegoan seorang lelaki itu membuatkan mereka mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum perempuan" MEMIMPIN okie,bukan bermakna kowang boleh buat sesuka hati kowang je kat perempuan.

7)  suka cakap belakang

-eh!lelaki bukan nya macam perempuan.suka ngumpat.suka cakap belakang.
 eh,hello!baik sangat la tu cakap macam tu?bukannya aku tatau,kalau lelaki dah mula cakap belakang..huish!kalah perempuan!pastu nak kecoh-kecoh.pe kes?kira nya perempuan lagi baik la kot sebab perempuan kalau cakap belakang,kitowang tak kecoh-kecoh k.

8)  terlampau malas

-tak nak komen lebih-lebih.sebab kekadang aku pun malas gak.tapi aku tak suka lelaki yang terlampau malas.

zira said "aku suka tengok laki malas tapi pandai"

9)  perasan

bila perempuan baik-baik ngan lelaki ni,dowang mesti perasan yang perempuan tu suka kat dia.Pastu dok kecoh-kecoh kat kawan-kawan dowang,cakap permpuan tu dok terhegeh-hegeh kat dia.oh!plis..

10) mata duitan/kaki kikis
 
buruk benar kalau lelaki berperangai macam ni.perempuan mata duitan/kaki kikis tu perkara biasa.salah ke?nanti kalau dah kahwin,lelaki jugak yang kena support perempuan kan?

zira said "citer pisau cukur best!"

No comments:

Post a Comment