Thursday, May 26, 2011

Skema Jawapan COMPLETE!

 Post ni not originally from me.Aku copy paste dari emel yang aku baru dapat.(act,bukan baru dapat..aku baru pasan emel ni kat inbox aku td.haha) BTW,it is nice to share rite?


JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA :KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA :KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi
pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA :KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah
kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah  kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA :BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA :KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Apa Itu KEJAYAAN ?

Assalamualaikum..

Post ni aku tak nak buka mukadimah panjang-panjang.. cuma cukup la aku nak tanya korang,,, korang mesti pernah baca atau terbaca mesej ni kan??

" Apa itu KEBERANIAN?
-Berani jawab exam walaupun belumhabis study.

Apa itu KETABAHAN?
-Tabah bila result dapat telur ayam tapi still boleh gelak.

Apa itu KESABARAN?
-Sabar bila tengah study,nota-nota semua kawan pinjam.

Apa itu KEKACAUAN?
-Kacau je bila handphone berbunyi bila tengah study "

Well,skg aku nk tambah sikit kat mesej tu tapi takde kena mengena ataupun kesinambungan pon dari ayat-ayat sebelumnya.That is :-

Apa itu KEJAYAAN?
-Berjayanya anda jika dapat deactivate FACEBOOK dalam masa paling minimum seminggu!

Kenapa aku cakap macam tu?sebab banyak kali aku deactivate,mesti lepas 2 atau 3 hari aku akan activate balik.Tak tahan beb!!Ikutkan aku dah bosan giler dengan fesbuk ni tapi tatau nape bile deactivate,aku still tak dapat bertahan lama.So far,sekaranag aku still belajar bertahan untuk deactivate lagi. Kenapa aku sibuk-sibuk sangat nak deactivate fesbuk ni? Banyak sebab weiiiii....

1) Fesbuk itu melalaikan.Kang kejap-kejap aku asek nak online je.
2) Fesbuk ada game.kang bertambah-tambah la kelalaian aku.Haish!macam ne la aku leh terjebak ni...!
3) Sometime bila aku bukak fesbuk,emosi aku akan jadi tak stabil.Ehem!

Monday, May 23, 2011

Lagu Sedih by V.I.P


VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

[KORUS]
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih


Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

[KORUS]

Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

[KORUS]

[KORUS]

Sunday, April 24, 2011

Final Exam Dah Datang

Assalamualaikum. 

Bila dia datang , aku suka. Nape suka? Sebab tak yah la nak sibuk-sibuk pergi kelas dah.

Bila dia datang , tetiba selera naik mendadak. Kenapa? Tatau.........

Bila dia datang , mata asek mengantuk? apapasal?? Lumrah kot.

Bila dia datang , Wow! citer ni best la.Eh, citer pasni pon best gak la. Apa masalah ko ni? sebelum ni tak gila TV pun.. Well, hormon tengok TV dah naik.

Bila dia datang , aku STRESS! why3?? sebab , carry marks tak memberansangkan. sebab , aku terpaksa study balik suma subject final dari awal. sebab aku terpaksa hafal macam-macam jenis rumus. sebab aku kena pahamkan macam-macam jenis teori.Lagi stress bila aku baru study chapter 5,kawan dah abes chapter 10.







Monday, April 4, 2011

Dia Bukan Jodohku..

Assalamualaikum..



Bf/Gf curang??
Orang yang korang minat,minat pada orang lain??
Putus cinta??

solution :
A.  Bunuh Diri
B.  Menangis dan menangis dan terus menangis...

Oh no! wake up..jangan jadi bodoh ok.Kalau korang nak pilih solution A,oh pliss...jangan la nak korbankan hidup korang just sebab bf/gf korang tinggalkan korang.hidup korang masih panjang ok.Hey,sedangkan orang yang dah kahwin and then cerai pun still bolehkan teruskan hidup ini kan pulak korang yang x de pape ikatan??ehem.dan jika korang memilih solution B, ok..yang ni pun jangan gak.serius! For solution B ni aku pun dah pernah try,and kesannya result matriks aku teruk! <-- ok kantoi! Tapi aku still thankful to Allah sebab aku still boleh sambung study walaupun dgn result sebegitu rupa. So,buat apa lah korang nak menangis dan menangis dan menangis and so on.Buang masa je ok!Dah la buang masa,apa yang korang buat semua terganggu dan serba tak kena.Even korang menangis air mata darah sekali pun,kalau dia dah tak mahu korang,takkan dia balik pada korang punya.



The best solution is berserahlah segalanya kepada Allah.Berdoalah banyak-banyak.Segala perjalanan hidup kita semuanya telah ditetapkan olehNya.Dan percayalah setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat.May be korang ditinggalkan Bf/Gf or putus cinta sebab dia bukan jodoh korang.Bukan ke Allah dah janji,semua orang telah ditetapkan jodohnya sendiri.So,kalau dia dah g main jauh-jauh ngan lelaki/perempuan lain,,mungkin dia bukan jodoh korang la.And if sense korang kata "ishk!aku yakin dia tu mesti jadi laki/bini aku punya!"..then,just go on with your life.Tak perlu menunggu dan menunggu dan terus menunggu.Buang masa ok!Kata orang,kalu dah jodoh,,x kemana punya.And believe that lelaki/perempuan yang baik adalah untuk perempuan/lelaki yang baik dan sebaliknya.Sebagai contoh,kalau bf korang tinggalkan korang just sebab terjumpa perempuan yang lebih cun dari korang,then just let it go.Mungkin dia tak cukup baik untuk korang.See?kalau la korang dah kahwin ngan laki macam tu,tak ke meraung korang??Well,kalau di pk2 kan balik,it is better kalau kita dikecewakan sekarang.Betol tak?yela daripada bertahun-tahun u lap i,i lap u..then putus gak??

aku nak share link ni :
http://www.uhibbukumfillah.co.cc/2009/12/memilih-pasangan-idaman.html

**menyintai tidak semestinya memiliki kan??

Saturday, March 26, 2011

Tamat Sudah!!

syukur alhamdulillah Bengkel Kenali Diri dah selamat dijalankan masa hari Sabtu ritu..huhu..memandangkan takde masalah yang timbul among AJK & peserta sepanjang program,so bengkel tu consider berjaya la.,nah,,ni gambar2 terpilih sepanjang program tu..















p/s : masa hari program ni,aku x de suara..so,agak2 mcmne aku bagi ucapan pengarah program masa ni??

Monday, March 14, 2011

I Love PEERs so much!


Kalau la blog ni ibarat  rumah,sumpah dah banyak gila sawang-sawang dalam blog aku nih.Ok,aku buzy sampai tak sempat nak bukak blog,tp fb & ym still byk masa nak bukak.Sem ni gile-gile punya buzy.

Seminggu lepas aku pergi Melaka sebab join Kursus Asas Fasilitator.Bila baca tajuk program tu mesti u’olz akan kata.. 
“ euw..gerenti bosan kalau join menda alah tu.mesti banyak ceramah.”

Tapi hakikatnya adalah TIDAK sama sekali.Tahun lepas aku pergi gak kursus ni tapi tahun lepas aku pergi sebagai peserta tapi tahun ni aku pergi sebagai AJK tangkap-tangkap gambar & fasi.Ok fine.Terus-terang tahun lepas sebelum aku g kursus tu,aku rasa berat hati sangat.Yela ingatkan banyak ceramah ke apa ke.Tapi sebenarnya tak!Dan aku sendiri tak sangka program itu seseronok itu.Untuk tahun ini,syukur Alhamdulillah,mostly peserta berpuas hati bila dowang join program ni walaupun disebalik takbir,kitorang yang barisan AJK & fasi ni kelam kabut gilerrr!So,for those yang reject perlawaan aku join mende ni,,aku just boleh cakap “ RUGI GILA WEH!!”.Masa program tu aku paling suka part explorace tengah-tengah malam walaupun aku penat la ke sana ke sini berulang kali demi nak tangkap gambar dowang ni.


Paling aku suka CP nenek kebayan!kalau lepak je kat CP ni,memang rasa hilang terus penat aku.Gelak tak sudah aku kat CP ni.Tapi ramai peserta tak suke CP ni sebab dowang asek kene buli  ngan nenek kebayan je.


 Sepanjang aku join program-program  kat UiTM,aku tetap suka semua program PEERs.Contoh,PEERs buat kem,tapi kem PEERS memang tak maam kem-kem lain yang aku pernah join sebelum ni.Okeh,bengkel yang aku handle tu Insyaallah akan dijalankan pada hari sabtu ni.Cuak!
"eleh,event kecik je pon kot"
 "woi,even event tu sekecil zarah sekali pun,kalau ko sendiri tak pernah jadi pengarah program,,sila jangan buat konklusi sendiri k!" 
so,hope u'olz doakan  kelancaran program aku tu k.TQ so much!